Dalam artikel kali ini kita akan belajar bagaimana catalyst memberi impak kepada saham syarikat.
CATALYST PETAMA : PELANCARAN DISNEY+
Disney baru ini membuat pengumuman akan melancarkan LIVE TV Streaming yang dipanggil Disney+
Disney+ mempunyai kelebihan ketara dari segi harga jauh lebih murah berbanding NFLX dan AMZN prime. Harga mampu milik yang rendah ini dapat menarik pelanggan lebih ramai terutama ibubapa yang sanggup langgan untuk tontonan anak-anak.

Disney mempunyai kelebihan content kerana menghasilkan movie paling laris dan famous sejak berpuluh tahun. Mereka tak perlu bergantung pada third party content kerana mereka sendiri dah ada banyak movie. Itu belum masuk Movie Marvel Studio seperti X-Men & Spiderman.
CATALYST KEDUA : PELANCARAN MOVIE AVENGERS ENDGAME
Marvel studios adalah syarikat yang menghasilkan kesemua filem Avengers dan setakat hari ini, Marvel telah menghasilkan sebanyak 22 buah filem Avengers dengan kutipan keseluruhan sebanyak USD$19 billion dalam masa 11 tahun. Tahniah kepada anda semua kerana telah membantu Marvel menjana berbillion-billion USD dalam tempoh 10 tahun.
Tapi korang tahu tak duit ni disalurkan kemana?? Hasil kutipan untuk filem Marvel ni akan pergi Walt Disney sebab Marvel adalah syarikat dibawah Walt Disney. Disney adalah salah satu syarikat yang listed di New York Exchange dan didagangkan dengan harga $137 se-unit. Saiz keseluruhan syarikat adalah $246 billion bersamaan dgn separuh saiz keseluruhan saham listed Bursa Malaysia.

Filem yang dihasilkan Marvel yang telah mencatatkan kutipan tertinggi dalam sejarah adalah filem Marvel’s The Avangers pada 4 May 2012. Filem ini telah mencatatkan kutipan sebanyak $1.5 billion dan secara tak langsung telah membawa saham Walt Disney ke paras tertinggi dalam sejarah. Sejarah lama berulang kembali apabila saham Walt Disney sekali lagi melompat ke paras tertinggi dalam sejarah pada hari pertama pelancaran filem Marvel End-game.
Kenaikan yang dicatatkan Walt-Disney kali ni agak berbeza sebab dia punya lompat tu memang lain macam. So Stallion rasa, Marvel End-game mempunya peluang yang cerah utk mencabar rekod filem The Avangers. Saham adalah mechanism yang efficient dan setiap pergerakan mencerminkan jangkaan prestasi syarikat utk masa hadapan.
Apa yang menarik di sini, kedua-dua catalyst ini berlaku dalam bulan yang sama. Bermakna jika terlepas catalyst yang pertama, ada peluang untuk entry bagi catalyst kedua.
Tapi sayanggg.. Saham Disney tidak patuh shariah.
Semoga kita dapat belajar bagaimana catalyst yang besar atau event besar mampu memberi impak. Terutama saham berkaitan teknologi.