Kena Saman? Fesbuk Senyum Je..

In Blog by Hafiz Rusli

WALAUPUN DI SAMAN $3 – $5 BILLION, FACEBOOK MASIH MAMPU MEMBERI PELABUR TERSENYUM

Pada tahun 2018 FB telah menerima pelbagai kritikan dan mungkin disaman berbillion USD disebabkan oleh pencerobohan data maklumat peribadi pengguna. Tetapi itu bukan masalah besar kepada FB kerana dalam laporan keewangan suku pertama 2019 yang diumumkan minggu lepas, FB masih mampu menunjukkan prestasi yang positif.

Walaupun FB telah membuat peruntukan sebanyak USD$ 3 billion untuk persediaan sekiranya disaman, ia masih mampu mencatatkan profit sebanyak USD$2.4 billion. Kalau lah tak ada provision tu, profit mungkin akan melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah. Prestasi semasa FB menunjukkan semakin ramai manusia di dunia ni telah ketagih dengan apps yang diciptanya.

Hasil jualan atau revenue FB adalah dari iklan yang korang jumpa dalam Facebook dan Instagram tu. Sejak kebelakangan ini, Instagram adalah segment yang merekodkan perkembangan terbesar untuk FB dengan lebih 500 juta pengguna aktif dalam sehari. Terima kasih kepada korang juga lah, sebab dalam statistik terbaru, benua Asia adalah yang paling ramai.

Setakat 2019, saham FB telah melonjak lebih dari 50% dan mungkin boleh mencapai ke all-time high. FB dijangka boleh terus kekal sebagai pendahulu atau leader dalam industri dikala ekonomi dunia merosot sebab ramai peniaga akan beralih ke perniagaan online. Dengan market share lebih dari 80% untuk platform social marketing, FB dan Instagram dijangka akan terus menjadi pilihan peniaga.

Korang bayangkan lah, 30% dari penduduk dunia menggunakan FB dan Instagram, so sudah pasti ia akan membuka pasaran yang luas kepada peniaga. So nasihat Stallion kepada newbie yang nak menilai saham FB, benda pertama yang korang kena monitor adalah jumlah iklan yang korang jumpa. Lagi banyak iklan, memang lagi masyuk lah saham FB tu.

Ini adalah salah satu contoh saham global yang mempunyai characteristic unlimited market dimana produk yang dikeluarkan boleh digunakan di merata dunia tanpa mengira agama, umur dan jantina. Saham macam ni memang sesuai untuk kita buat long-term investment sebab produk dia kita dah kenal dan korang boleh nilai sendiri.