Dalam article terbaru terbitan The Edge, Nazir Razak cakap pasaran Bursa Malaysia dijangka akan rebound disokong oleh pelabur asing. Setakat 2019, pelabur asing telah menjual lebih dari Rm2 billion saham dari pasaran Bursa Malaysia disebabkan oleh uncertainty atau ketidakpastian yang terhasil selepas pilihan raya tahun lepas.
Selepas setahun kerajaan PH memerintah, beliau beranggapan pelabur asing telah mula nampak arah dan hala tuju negara selepas sekian lama dibelenggu krisis politik dan 1MDB. Kalau tengok dari prestasi semasa pasaran Bursa, kita adalah pasaran saham yang paling teruk sekali. Pasaran lain semua positive kita je negative.
Kat Bursa yang teruk hanyalah KLCI dan ia tidak mewakili keseluruhan 900 saham di Pasaran Bursa. Kalau korang tengok lebih dalam lagi, korang akan nampak sektor yang teruk hanyalah sektor Bank yang mewakili lebih 50% daripada index KLCI. Sektor Bank je yang membuatkan KLCI ni teruk, yang lain semua paduuu.
Setakat 2019, saham construction dah naik lebih dari 35%, saham oil & gas dah naik lebih dari 30% dan saham Technology tak kurang hebatnya dengan kenaikan sebanyak 14%. Lebih 50% dari saham Bursa naik gila babas dan kebanyakkannya adalah saham sederhana dan kecil atau saham murah.
So sekarang ni, kalau sektor bank rebound, Stallion jangka KLCI akan bergerak ke arah positif sebab dah lama sangat saham-saham bank ni tenggelam.
Catalyst apa yang diperlukan untuk saham bank melompat? Basically, Bank Negara Malaysia ada banyak tools dan cara untuk memberi kelonggaran kepada bank untuk lebih aggressive.
Bila lebih kelonggaran diberi, duit lebihan akan bertambah dan orang akan berbelanja dan ini akan mejana pertumbuhan sekaligus akan meningkatkan confidence pelabur asing untuk datang balik ke pasaran Bursa.
So boleh beli sekarang ke?? Dalam masa terdekat ni, rilek laa dulu kita kasi pelabur asing jual habis dulu, lepas dah settle semua baru kita pulunn.
