Saham Ferrari Saham Automotif Paling Laju Di Dunia

In Blog by Hafiz Rusli

Bukan setakat kereta je laju, saham dia pun bergerak laju juga sebab dalam masa 3 tahun, Ferrari telah memberi keuntungan sebanyak 200% kepada pelabur. Jumlah kenaikan yg dicatatkan Ferrari adalah jauh lebih laju berbanding saham automotive lain seperti Toyota, Honda, BMW, Diamler, Ford dan lain-lain. Laju sgt dia jalan ni, mungkin kena pit stop dulu.

Ferrari ni boleh kata nama baru dalam pasaran saham sebab dia diapungkan pada tahun 2015 dgn harga $52 se-unit di New York Stock Exchange. Syarikat Italy tapi memilih pasaran saham United States unutk diapungkan. Sejak masuk dalam pasaran saham, Ferrari mmg dah tak pandang belakang, dari $52 dia terus pecut ke $150 dan kini didagangkan dgn harga $135.

Sebab apa saham Ferrari pecut laju? Sebab utama adalah Ferarri telah mencatatkan penjualan yang mantap di seluruh dunia secara consistent. Benua Asia Pacific telah mencatatkan kenaikan tertinggi setakat 2018. Negara dalam Asia Pacific yg banyak membantu meningkatkan sales Ferrari adalah Japan, Australia, Singapore, Indonesia, Korea, Thailand dan Malaysia.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang membeli Ferrari sebab anda, nama Malaysia ada dalam annual report Ferrari untuk tahun berakhir 2018. Formula 1 dan Ferrari memang tak dapat dipisahkan sebab setiap kali Ferrari menjadi juara keseluruhan, penjualan kerata Ferrari diseluruh dunia pasti naik. Kalau Ferrari kalah, penjualan selalu akan turun.

So, kepada pelabur yang berminat untuk melabur dalam Ferarri, korang memang kena tengok F1 dan ambil tahu kedudukan terkini sebab ia boleh mempengaruhi harga saham Ferrari. Tapi korang kena ingat, kalau ada crisis ekonomi, saham Ferarri adalah antara saham yg akan jatuh teruk sebab orang akan mengurangkan pembelian brg mewah dikala ekonomi mencabar.

Kalau korang nak beli kereta Ferrari tapi masih tak mampu, Stallion sarankan korang tengok2 lah saham Ferrari ni. Satu unit saham didagangkan dgn harga $135 atau Rm550 se-unit. Kumpul lah sikit-sikit sebab saham global kita boleh beli satu unit bukan 100 unit mcm pasaran Bursa. Belajar saham, kumpul saham Ferrari sikit2, inshaallah anda boleh jadi pemilik satu hari nanti.