Ini bukan kali pertama China company kena banned dengan US Government, company yang pertama kena adalah ZTE pada April 2018. ZTE adalah syarikat telecommunication dari China yang membuat equipment dan system untuk network telecommunication. Penggantungan ZTE oleh US Government bertahan dalam masa beberapa bulan sahaja.
ZTE terpaksa membayar $1 billion denda kepada US Government kerana di tuduh mencuri patent dan berniaga dengan negara Iran dan North Korea yang telah diboikot oleh U.S. Lepas bayar, business as usual dan ZTE boleh berniaga dengan syarikat global. Kes Huawei agak lain sikit dan menjadi hangat sebab basis atau tuduhan dari U.S masih belum concrete dan solid. Cuma dikatakan Huawei menjadi agent kepada kerajaan China untuk perisikan dan mencuri intellectual property syarikat U.S.
Untuk kes Huawei, faktor politik adalah punca terbesar ia di boikot oleh syarikat Global. Nak tahu sebab apa? Huawei adalah syarikat yang memegang patent terbesar untuk 5G dalam dunia so nak ke tak nak mana-mana syarikat yang nak melopori bidang 5G kena melalui Huawei. Kalau dalam game chess, Huawei memang dah bagi CHECK-MATE la satu kali. Syarikat US memang agak ketinggalan dalam pembangunan technology 5G.
US memang dah lama panas dengan Huawei sebab founder Huawei, Ren Zhengfei adalah bekas engineer People’s Liberation Army (Angkatan Askar China) dan saham ni memang tak listed di mana-mana pasaran saham dunia. Memang susah orang luar nak memiliki sebahagian dari saham Huawei sebab ia adalah syarikat yang dipanggil employee-owned company di mana 64% dari staff akan mendapat pegangan saham syarikat. Tapi staff luar negara tak boleh dapat, China citizen sahaja.

Lagi satu, kalau korang nak tahu Huawei adalah satu-satunya syarikat yang mencatatkan peningkatan mendadak dalam segment smart-phone dan harga smart-phone Huawei adalah 25% lagi rendah dari smart-phone yang sama level dengannya. Manakala syarikat lain mencatatkan penjualan negative dan agak sendu termasuk syarikat tersohor Apple.
Untuk statistik terbaru, 170 negara menggunakan khidmat Huawei dan 1/3 dari penduduk bumi telah mendapat manfaat dari 1500 menara telecommunication. Untuk segment smart-phone, Huawei memegang 14% market share di belakang Samsung 20% dan Apple 15%. Analyst menjangka, Huawei akan menjadi smart-phone No 1 dunia pada tahun 2023.
So persoalannya sekarang ni, apa impact kat Google, Intel, Qualcom dan lain-lain selepas Huawei di boikot? Sudah pasti impact adalah negative untuk jangka pendek sebab Huawei adalah antara pelanggan terbesar mereka. Decision Donald Trump adalah tak business friendly langsung sebab dua-dua pihak akan sakit. Setakat hari ni, kesemua syarikat tak memberi detail yg specific berapa jumlah kerugian so mmg susah kita nak agak.