Kemunculan Pencabar Starbucks Dari China! Luckin Coffee

In Blog by Hafiz Rusli

BUAT PERTAMA KALI DALAM SEJARAH, STARBUCKS MEMPUNYAI PENCABAR YG BOLEH MENGGUGAT REPUTASINYA SEBAGAI KOPI NO 1 DUNIA

LUCKIN COFFEE adalah syarikat kopi premium dari China yang baru sahaja mendarat di pasaran Wall-Street pada 17 May 2019 dgn harga IPO serendah $17 se-unit. Hari pertama saham Luckin naik sampai $25 se-unit atau 50% dari harga IPO tapi lepas tu turun balik sebab sentiment negatif tentang Trade War dah mula merasuk pasaran saham dunia.

Apa yang menarik tentang Luckin Coffee dari China ni adalah mereka mempunyai misi untuk menurunkan harga kopi premium ke paras mampu milik dan menyasarkan golongan mampu milik. Luckin ditubuhkan oleh Jenny Qian Zhiya pada tahun 2017 di Beijing China. Dalam masa setahun setengah, Luckin sudah mempunyai sekitar 2000 outlets di seluruh China.

Konsep Luckin Coffee adalah berbeza dengan Starbucks di mana kebanyakan outlet adalah bersifat On-The-Go atau Grab and Go. Outlet Luckin Coffee adalah kecil sebab tu meraka mampu untuk membuka beribu-ribu outlet dalam masa satu tahun. Order secara online adalah salah satu forte Luckin di mana pelanggan hanya perlu order melalui apps dan coffee akan sampai dlm masa 18 minit.

Setakat hari ini, Luckin Coffee ada lebih 16 juta pelanggan consistent di China yang melakukan pesanan melalui apps Luckin. Baru setahun setengah, Luckin dah berjaya mencatatkan sales sebanyak $125 juta. Dalam fasa permulaan ni, Luckin memberi discount yang besar kepada pelanggan untuk mengembangkan brand name. Beli satu free dua, memang tak logic.

Pelabur dalam Luckin Coffee ni bukan calang-calang tau sebab dalam fasa permulaan, salah satu firma pelaburan terbesar dunia iaitu Blackrock telah mula melabur dalam Luckin. Selain itu, Government of Singapore Investment Corporation (GIC) juga adalah antara pelabur terawal dalam Luckin Coffee. Ini adalah antara pelabur yang percaya Luckin Coffee boleh beat Starbucks di China.

Di China Starbucks mempunyai lebih kurang 3000 outlets dan China adalah salah satu pasaran terpenting untuk Starbucks di Asia dan juga dunia sebab China menyumbang lebih kurang 10% dari keseluruhan jualan Starbucks. Purata harga secawan kopi Starbucks adalah agak mahal untuk rakyat marhain nak beli setiap hari sebab tu dorang goyang bila Luckin dapat turunkan harga.

Strategy Luckin Coffee untuk membuka beribu-ribu outlet satellite adalah untuk mencipta economies of scale yang membolehkan Luckin untuk menurunkan harga purata secawan kopi ke kadar mampu milik. Bila dah berjaya di China, Luckin akan mula masuk ke pasaran luar so korang jangan terkejut pulak kalau ternampak outlet Luckin Coffee buka di kawasan anda.