Sekarang Waktu Terbaik Menjadi Saudagar Emas

In Blog by Hafiz Rusli

PELABUR LAGENDA DUNIA CAKAP EMAS AKAN MENJADI PELABURAN YG TERBAIK BUAT MASA INI!

Pelabur legend yang Stallion quote ni adalah Paul Tudor Jones. Beliau adalah seorang Hedge fund manager dari United States dan juga founder kepada Tudor Investment Corporation yg mengendalikan lebih $40 billion nilai asset pelaburan. Paul Tudor jadi famous sebab beliau berjaya predict market crash pada tahun 1987.

Pada tahun tu boleh kata semua orang mengalami kerugian yang besar tapi dia dengan tenang dan bersahaja berjaya melipat gandakan hasil pelaburannya. Tudor Investment Corporation mengenakan charge yang tinggi kepada pelabur yg meletakkan wang dengan mereka sebab nilai keuntungan setiap tahun memang luar biasa. Biasalah sbb benda bagus mesti mahal.

Berbalik kepada cerita pelaburan emas tadi, dalam interview terbaru dengan Paul Tudor, dia ada menyebut dimana harga emas dijangka akan meletup dalam tempoh 12 ke 24 bulan dari sekarang dan juga pasaran saham dunia diambang kejatuhan kalau US meneruskan tekanan kepada China. Buat masa ini harga emas didagangkan dgn harga $1345 per ounce.

Paul Tudor cakap kalau harga emas berjaya melepasi paras halangan dekat $1400 atau tertinggi dalam masa 5 tahun, harga emas boleh melonjak dgn laju ke $1700. Beliau membuat penilaian ini berdasarkan keadaan ekonomi semasa dunia dan juga hasil kajian Technical Analysis. Bagi Stallion, pandangan beliau ni memang berasas dan mungkin boleh diguna pakai.

Benda yg beliau paling risau sudah pasti Trade War. Selama 75 tahun perdagangan dunia berkembang pesat tanpa sempadan tapi dengan secara tiba-tiba Donald Trump nak menyekat perkembangan perdagangan ni sebab China sudah mula mengorak langkah utk mengambil tempat United States sebagai kuasa terbesar dunia.

Tapi kenapa harga emas yg naik? Apa kena mengena emas dengan Trade War dan market crash? Ini adalah persoalan terbesar yg korang semua kena tahu. Emas adalah instrument perdagangan atau object yg paling bernilai sekiranya dunia mengalami krisis ekonomi. Emas dikenali sebagai safe haven No 1 dunia dan selalunya pelabur akan membeli emas sebagai jalan terakhir utk mendapat keuntungan dikala pasaran bergolak.

Mcm mana pelabur dunia membeli emas? Beli kat kedai Emas ke? Haa kalau anda seorang pelabur global sudah pasti korang tahu mana nak beli emas. Emas didagangkan di COMEX iaitu salah satu pasaran hadapan di New York yg ditubukan pada tahun 1933 utk instrument logam bernilai seperti Emas, silver, copper dan aluminium. Dah 86 tahun pasaran logam ni buka, ada yg baru tahu ke?

Kebanyakan logam yg didagangkan ni basically tak patuh shariah sebab settlement dilakukan dalam bentuk tunai tiada brg yg diterima tapi korang jgn lah sedih sebab ada byk alternative lain. Salah satu alternative adalah dgn membeli GOLD ETF yg ada didagangkan di New York Stock Exchange dan pasaran – pasaran utama dunia yg lain. GOLD ETF adalah PATUH SHARIAH!

Stallion sarankan kalau korang nak beli, jangan main beli je sebab korang kena consult org yang professional yang tahu pasal pelaburan global. Sebab ada dua jenis pelabur yang melabur dlm emas, pertama adalah pelabur jangka pendek dan kedua adalah pelabur jangka panjang. So sebelum beli kena set dulu objective dan juga mengikut kemampuan. Korang boleh beli dan tengok pergerakan harga emas ni di kesemua platform pelaburan global.