GRAB ADALAH SYARIKAT KE-5 TERBESAR DI MALAYSIA & BAGAIMANA TEKNOLOGI MENGUBAH LANDSKAP PERKERJAAN DI MALAYSIA
Ini adalah antara senario yang Stallion sedang bayangkan sekiranya Grab diletakkan di pasaran Bursa Malaysia. Berdasarkan penilaian terbaru, syarikat yang baru berusia 7 tahun ini dikatakan bernilai $14 billion atau bersamaan dengan duit Malaysia Rm58 billion. Kalau lah hasil penilaian dari badan antarabangsa ni betul, Grab akan duduk ditangga ke 5 syarikat terbesar di Bursa Malaysia.
Satu anak tangga dibelakang syarikat Petronas Chemical yang mempunyai nilai keseluruhan atau market capitalization berjumlah Rm66 billion. Di Bursa Malaysia syarikat terbesar sudah pasti adalah Maybank dengan nilai keseluruhan berjumlah Rm101 billion diikuti dengan Public Bank dengan Rm91 billion dan TNB dengan Rm71 billion. Kebanyakannya adalah syarikat GLC.
Apa benda pelik yang korang nampak kat sini? dan macam mana syarikat yang berumur 7 tahun boleh dinilai sebesar syarikat GLC yang sudah berumur lebih separuh abad? Kat Malaysia kejadian ini agak pelik tapi kalau di United States dan negara maju yang lain, ini adalah perkara biasa. Apa yang Stallion nak cuba sampaikan disini adalah dalam masa 10-15 tahun dari sekarang, peluang pekerjaan di GLC akan berkurang dengan mendadak.
Zaman bapak-bapak kita, ia akan menjadi satu kebanggaan dan jaminan masa depan yang cerah kalau dapat berkerja di syarikat GLC tapi segalanya akan berubah pada masa hadapan. Kalau korang tengok statistik di negara maju, perniagaan kecil adalah penyumbang terbesar kepada peluang perkerjaan dan kalau di Malaysia pula, sektor kerajaan dan GLC adalah antara sektor terpenting yang akan menyediakan peluang perkerjaan.

Ini belum cerita tentang automation lagi, yang akan mengurangkan tenaga kerja diseluruh dunia secara drastik. So apa je peluang yang ada untuk anak-anak kita? Kalau korang seorang pelabur global, mesti korang nampak trend-trend yang terbaru dan sektor mana yang sedang diburu oleh pelabur-pelabur gergasi dunia sekarang ni. Trend atau sector rotation ini adalah sangat jelas di mana sesetengah saham di Wall-Street naik mendadak macam rocket walaupun ekonomi mencabar.
Pelaburan global mampu mengubah cara kita menilai keadaan sekeliling. Selain menggandakan hasil kekayaan kita dalam masa pendek dan panjang, pelaburan global juga boleh membuka mata kita tentang trend terbaru sedang berlaku di negara maju yang boleh membantu kita utk merancang perjalanan hidup kita di masa hadapan. Kalau tanya Stallion, trend yang besar dan mampu mengubah dunia adalah Cloud Computing.
Cloud Computing adalah salah satu teknologi yang dijangka akan berkembang dengan teknologi 5G dan akan digunakan secara meluas di dunia dan mengubah cara sesuatu syarikat beroperasi. So, Stallion rasa orang yg ada background IT, computer science dan programming memang ada masa depan yang sangat cerah. Antara saham global yang menjadi leader dlm industri ni adalah Sales Force yang didagangkan di New York Stock Exchange dgn harga $150 se-unit.
Saham Sales Force telah naik sebanyak 130% dalam masa 2 tahun dan dijangka akan terus mengganas selari dengan perkembangan Cloud Computing. Kat Wall-Street hampir kesemua saham yang focus kepada cloud computing naik menggila antaranya adalah VMware, Oracle, Microsoft dan banyak lagi. Stallion tak suruh korang kerja kat syarikat-syarikat ni, tapi Stallion nak suruh korang jadi pemilik kepada syarikat-syarikat padu ni!