Proton X70 Punca DRB-HICOM Naik 45%

In Blog by Hafiz Rusli

Tahun lepas, anak syarikat DRB-HICOM, Proton Holdings, telah mencatat kerugian sebanyak Rm1.2 billion tapiiii… dengar cerita, setakat suku pertama 2019, Proton Holdings telah berjaya mencapai level break-even. Walaupun masih belum ada official numbers dari DRB-HICOM tetapi pergerakan saham DRB setakat 2019 sedikit sebanyak dah bagi jawapan yang jelas kepada pelabur.

Stallion rasa, break-out yang dilakukan Proton kali ni memang akan membawa saham DRB-HICOM ke paras yang lebih tinggi. Semenjak penjualan kereta Honda meletup pada tahun 2014, market share untuk kereta National berkurang sebab hanya Perodua sahaja mampu bersaing manakala Proton terus menjunam. Tetapi, dalam statistik terbaru trend ini akan berubah.

Setakat July 2019, segment untuk kereta Nasional telah melonjak ke 55.8% berbanding Non-Nasional 44.2% dan prestasi ini jauh meninggalkan prestasi pada tahun 2018 dimana market share untuk kereta Non-Nasional adalah 51.2% dan kereta Nasional adalah 48.8%. Siapa punya kerja tu? Sudah pasti kebangkitan kereta Nasional adalah disebabkan oleh penjualan Proton X70.

Proton bukan dah dijual kepada China ke????

DRB-HICOM memegang 51% saham dalam Proton Holding manakalah Geely memegang selebihnya. Walaupun tidak memegang 100%, synergy yang terhasil dari joint venture bersama Geely mampu membawa Proton keluar dari gaung masalah yang sangat dalam. Dari vendor sampai lah ke production, masalah sajaaa…

Proton X70 bukan calang-calang tau sebab kereta tu direka oleh designer terkenal dunia bernama Peter Horbury. Dulu beliau adalah chief designer untuk syarikat Volvo, Jaguar, Land Rover, Aston Martin dan juga Ford. Memandangkan Geely adalah pemilik Volvo, technology chassis, engine dan transmission kereta Geely mempunyai genetik Volvo.

Bulan Ocotober tahun ni, Proton X70 akan mula dipasang di Tanjung Malim dan Proton sudah pasti mempunyai lebihan margin berbanding model X70 sekarang yang 100% dipasang di China. Duit lebihan margin dari pemasangan tempatan akan digunakan untuk menambah baik model sedia ada dengan accessories yang lebih mantap dengan harga jualan yang masih sama.

Selain itu, ada beberapa model baru yang akan diperkenalkan tak lama lagi. Proton X50 dijangka akan masuk pasaran tahun depan. Model ni memang akan menjadi pesaing rapat kepada HRV dan juga Mazda CX-3 dalam segment SUV B-Segment. Dengan kualiti yang ditawarkan, Proton akan dibandingkan degan kereta Japan, tidak lagi dibandingkan dengan Perodua. Dari segi harga memang sudah pasti Proton menang.

Kesemua news-flow yang Stallion cerita ni adalah ‘CATALYST’ kepada saham DRB-HICOM. Pelabur memang suka cerita-cerita sensasi yang positive ni sebab ia akan memberi kesan positive kepada harga saham. Bila kita dah tahu saham ni bagus dan berpotensi, kena tengok pula level yang sesuai utk kita entry. Benda ni memerlukan skill Technical Analysis yang membolehkan kita adjust entry mengikut tempoh yang nak dipegang.