HERMES. Harga Mahal Tapi Catat Untung Tertinggi

In Blog by Hafiz Rusli

JENAMA HAND BAG YANG MAHAL DAN TERKENAL DUNIA MENCATAT KEUNTUNGAN TERTINGGI DALAM 5 TAHUN.

Minggu lepas syarikat Hermes telah melaporkan prestasi keewangan suku kedua yang terbaik dalam 5 tahun dan secara tak langsung saham Hermes sekali lagi mencecah paras tertinggi dalam sejarah. Saham Hermes didagangkan di pasaran Euronext Paris dengan harga EUR645 seunit dan mempunyai saiz keseluruhan syarikat berjumlah EUR 67 billion.

Dalam laporan keewangan tersebut, handbags Birkin yang berharga lebih $10,000 se-unit dan slipper Oran yang berharga $700 sepasang adalah antara segment yang paling laris terjual di boutique Hermes di seluruh dunia. Jangan terkejut sebab orang Asia adalah antara penyumbang terbesar setakat ini. Antara negara yang mencatatkan penjualan tertinggi adalah Hong Kong dan juga China.

Stallion rasa dari korang beli handbags Birkin, lebih baik korang beli saham Hermes sebab saham dia naik memang macam rocket. Statistic menunjukkan, dari tahun 1994 hingga sekarang, saham Hermes telah naik sebanyak 23,000% dan setakat 2019 sahaja, saham dia telah memberi pulangan sebanyak 40%. So sebelum nak beli barangan keluaran Hermes, korang mesti beli saham dia dulu, dah untung baru beli barang Hermes.

Apa korang boleh belajar dari sini? Ok benda yang paling penting yg korang kena tahu adalah segment luxury atau barangan mewah memang tidak akan terkesan dikala keadaan ekonomi dunia lembab. Mereka akan tetap berbelanja tak kira masa tempat dan waktu. Selain saham Hermes, saham Ferrari juga telah mencatatkan prestasi yang mantap dan saham dia juga naik mcm rocket mencecah paras tertinggi dalam sejarah.

Statistic menunjukkan, golongan T20 atau Top 20% telah mencatatkan kenaikan hasil kekayaan yang mendadak untuk tahun 2017 – 2019 dan golongan B40 pula adalah golongan yang paling terkesan. Salah satu sebab orang kaya terus kaya dan orang miskin terus miskin adalah kekurangan ilmu. Golongan T20 mempunyai ilmu keewangan yang padu yang membolehkan mereka mencari peluang untuk mengembangkan asset mereka.

Boleh kata hampir kesemua saham luxury atau saham mewah global sekarang ni berada diparas all-time high dan terus menjana keuntungan melipat kali ganda melebihi saham-saham keperluan asas, automotive dan industrial. Antaranya adalah Hermes[S], Ferrari[S], Louis Vutton[NS] dan Kering Group (Gucci, YSL, Balenciaga). Kalau korang penggemar barangan berjenama, lebih baik korang jadi owner saham-saham padu ni. Baru lah kita boleh berpuas hati bila nak shopping tu.