Coca-Cola Dan Pepsico Sekali Lagi All Time High

In Blog by Hafiz Rusli

KEDUA-DUA SAHAM GLOBAL YANG KORANG SELALU NAMPAK KAT KEDAI MAMAK LAGI SEKALI KE ALL-TIME HIGH.

Coca-cola atau Pepsi? Brand mana yang korang suka beli? Memang susah kita nak pilih sebab kedua-dua saham global ni kini dah mencecah ke paras all-time high disebabkan oleh keputusan keewangan yang memberangsangkan. Saham Coca-Cola baru sahaja memecahkan paras resistance atau halangan di $50 setelah beberapa bulan mencuba. Kenapa ramai pelabur membeli saham Coca-cola sekarang ni??

Kedua-dua saham global ni adalah patuh shariah dan saham Coca-cola ni boleh kata saham besar yang mampu milik sebab harga se-unit adalah sekitar $50 atau bersamaan dengan Rm220 se-unit. Ramai pelabur suka membeli saham Coca-cola kerana saham ini mempunyai element defensive yang boleh memberi pulangan yang lumayan semasa ekonomi dunia mencabar. Sebab utama adalah, minuman ringan seperti Coca-cola dan Pepsi akan terus dibeli tanpa dipengaruhi oleh keadaan ekonomi.

Prestasi saham minuman ringan seperti Coca-cola dan Pepsi adalah jauh berbeza dengan prestasi saham yang berada di dalam segment industrial dan juga automotive. Sebagai contoh, saham terkenal BMW dan VW di Germany saham Honda di Japan terus menjunam sebab orang tidak membeli kenderaan dikala ekonomi mencabar. Sebagai rakyat marhain, Stallion sendiri dapat merasakan trend pembelian sudah berkurang dengan mendadak especially trend pembelanjaan golongan M40.

Dari pasaran Bursa sampai ke pasaran Wall-Street, pergerakan sektor adalah lebih kurang sama dan kita sebagai pelabur mestilah bijak mengambil peluang dari perubahan ini. Mesti ramai orang tanya boleh beli lagi ke saham Coca-cola dan Pepsi ni? Upside potential memang ada sebab keadaan ekonomi dunia dijangka akan terus mencabar tapi kita tak boleh mengejar saham yang dah naik mendadak sebab kita mesti membeli mengikut trading plan dan checklist yang betul.

Selagi korang boleh nampak jenama Coca-cola dalam fridge di kedai berhampiran anda, korang tak payah risau tentang masa depan saham ni sebab ini adalah salah satu saham terbaik di Wall-Street utk pelaburan jangka panjang. Cuma kita kena pastikan kita entry pada level yang betul. Untuk pelaburan jangka panjang memang kurang sesuai untuk membeli di paras all-time high sebab risiko yang diambil adalah lebih besar dari reward. Untuk long-term, strategy terbaik adalah beli bila saham jatuh.

Dekat Wall-Street adalah beratus-ratus saham yang seangkatan dengan Coca-cola. Salah satunya adalah saham ubat gigi terkenal Colgate. Hari-hari korang guna saham ni tapi mesti tak pernah tahukan saham Colgate telah memberi return sebanyak 25% setakat 2019? Harga saham boleh kata mampu milik sebab didagangkan pada harga $70 se-unit. Korang rasa Colgate boleh bankrupt ke tak? Jawapan dah ada depan mata tapi part bertindak tu masih kurang.