SETIAP TAHUN, RAKYAT MALAYSIA TELAH MENGELUARKAN SEBANYAK RM2 BILLION UNTUK SKIM CEPAT KAYA – BUKIT AMAN
Dah penat sebenarnya cerita pasal topik ni tapi memandangkan Bukit Aman dah keluarkan statistik, Stallion nak beri peringatan, nasihat dan bagi korang tips terbaik macam mana nak hidu pelaburan yang mempunyai ciri-ciri skim cepat kaya. Lagi menyedihkan, kebanyakan orang yang terlibat ni adalah orang bumiputera.
Pertamanya, hukum alam yang korang kena pegang sampai bila-bila adalah, duit memang tidak akan datang tanpa usaha dan juga risiko. Usaha dan risiko adalah dua elemen penting yang korng kena faham sebelum nak melabur. Lebih-lebih lagi bila ekonomi dunia yg agak tak stabil macam sekarang ni. Jumlah peluang yg ada akan menjadi lebih kecil dari pada biasa.
High risk, high return! Ini adalah ayat mat Salleh yang menerangkan dengan lebih tepat tentang konsep risiko untuk semua jenis pelaburan yang ada di muka bumi ini. Lagi besar jumlah keuntungan dari paras normal, lagi besar lah risiko korang bakal hadapi. So persoalannya sekarang, berapa keuntungan paras normal tu???
Contoh Iklan Digital Yang Semakin Berleluasa

Benchmark utama yang boleh digunapakai sebagai perbandingan adalah dividend dari pelaburan ASB. Sebabnya, ini adalah pelaburan kurang risiko tanpa sebarang usaha dari kita sebagai pelabur. Letak je duit, setiap tahun mesti dapat dividend tanpa sebarang extra charge. Ini lah yang dipanggil pelaburan goyang kaki terbaik kat Malaysia setakat hari ini.
So kalau tetibe korang dengar ada skim pelaburan yang menawarkan SEBULAN 10% tanpa sebarang usaha dan juga risiko, korang kena berjaga-jaga sebab jumlah keuntungan tu dah terlalu jauh dengan jumlah keuntungan ASB. Kalau korang nak masuk juga, kena bersiap sedialah sebab korang bakal menghadapi risiko yang besar.
Kalau ikut statistik dari student Stallion, orang yang pernah terkena dengan skim cepat kaya ni selalunya akan berjaya dalam saham. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, keadaan emosi org yang dah terkena ni selalu stable dan tak mudah panik, mungkin sebab dah biasa dengan rugi. Dalam saham ni, duit anda akan sentiasa bergerak mengikut pergerakan syarikat, sebab tu siapa yang cepat panik susah nak berjaya dalam saham.
So pesanan Stallion untuk org yang suka nak untung cepat ni, lebih baik korang habiskan masa dengan belajar dulu dan jual beli sediri duit korang dalam pasaran saham. Nak untung cepat ada cara, nak untung banyak ada cara. Tapi kena ingat, usaha yang kita letak akan bergerak selari dengan profit yang kita akan dapat. Jom belajar cara mengawal risiko pelaburan dengan Stallion sekarang!