Case Study Utusan Melayu Malaysia Berhad

In Blog by stallionbro

KEJATUHAN UTUSAN ADALAH SEBAB KEDAAN POLITIK ATAU SALAH PETADBIRAN?

Baru-baru ni kecoh tentang Utusan Malaysia yang mengalami masalah keewangan sehingga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja. Lepas tu di media social pula ramai yang memberi komen negative terhadap Utusan yg dikatakan jatuh sebab selalu menulis berita yang lebih condong kepada sesetengah parti politik di Malaysia. Sebelum kita nak join bash kat Facebook, korang ken abaca ni dulu.

Utusan Malaysia adalah salah satu syarikat yang didagangkan di pasaran Bursa Malaysia sejak awal tahun 2000 lagi dengan nama Utusan Melayu Malaysia Berhad. Kalau tak silap Stallion, harga IPO Utusan adalah dalam lingkungan Rm1.00 dan UMNO adalah pemegang saham utama. Sejak tahun 2008 saham Utusan telah mula jatuh dengan mendadak dan mula mengalami krisis keewangan pada tahun 2012. Masalah keewangan Utusan ni sebenarnya bukan satu benda yang baru.

Apa punca utama?? Pada pendapat Stallion, punca utama kejatuhan saham Utusan adalah disebabkan oleh kegagalan pentadbiran syarikat untuk mengubah product mengikut trend semasa iaitu digital publication. Kalau ikutkan time-line kajatuhan syarikat, memang selari dengan perkembangan rangkaian jalur lebar di Malaysia, kemunculan smart-phone mampu milik dan package internet yang semakin murah.

Kemunculan smart-phone dan rangkaian internet yang meluas telah memaksa banyak local publications beralih ke penerbitan digital dengan memperkenalkan Apps yang di pautkan pada laman Twitter dan Facebook dengan penyampaian yang lebih ringkas. Publication house yang lain telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mengubah konsep penyampaian berita, tetapi Utusan pada masa itu, masih focus kepada konsep Old-School.

Utusan adalah salah satu mangsa dari perkembangan dunia digital sebab meraka gagal untuk berada selari dengan perkembangan arus semasa. Kes memang hampir sama macam cerita syarikat KODAK yang jatuh merudum dan bankrupt selepas management syarikat tidak ambil peduli tentang kepentingan dunia digital. Nak tahu lebih lanjut kes KODAK, sila lah Google ye. Ada banyak benda yang kita boleh belajar dan ambil ikhtibar dari kes Utusan dan Kodak ni

Kerugian yang dialami oleh Utusan Malaysia memang tidak ada kena mengena dengan keadaan politik semasa atau berkait dengan kejatuhan UMNO. Stallion rasa, dalam kes ni, ia disebabkan oleh pentadbiran syarikat yang mempunyai vision yang kurang mantap dan takut dengan perubahan.