2.7 Billion Pengguna Bantu Lonjak Saham Facebook

In Blog by Hafiz Rusli

SAHAM FACEBOOK MELONJAK LAGI DIBANTU OLEH 2.7 BILLION PENGGUNA SETIAP HARI

Dalam laporan kewangan terbaru, FB telah mengumumkan peningkatan terbaik dari segi hasil jualan untuk suku kewangan kedua dibantu oleh peningkatan jumlah pengiklanan dilaman mereka. Kalau korang nak tahu, setakat suku kedua (March – June 2019) pengguna FB telah membelanjakan sebanyak $16.6 billion untuk mengiklan produk mereka dan lebih kurang 50% datang dari US dan Canada.

Pengguna dari Asia Pacific telah menyumbang sebanyak $2.9 billion untuk suku kedua dengan kenaikan sebanyak 11% dari suku pertama 2019. Tahniah kepada anda semua kerana telah menjadikan saham FB antara saham Technology terbaik di Wall-Street dengan kenaikan sebanyak 66% setakat 2019 walaupon dibebani dengan berbillion billion saman.

Korang tau tak dalam satu hari, 2.7 billion manusia menggunakan applications under FB ini termasuk Instagram dan Whatsapp. Ini menunjukkan, FB telah berjaya meracun lebih kurang 30% penduduk dunia atau 84% penduduk dunia yang mempunyai access kepada internet. Setiap tahun, FB akan mencatatkan peningkatan sebanyak 8% – 10%. So kalau korang tak guna FB utk marketing mmg rugi sebab market yg ditawarkan tersangatlah besar.

Dari pada $16 billion revenue yg dicatatkan oleh FB, kos operasi syarikat hanyalah 20% dari jumlah itu yg selebihnya adalah kos-kos R&D dan Marketing. Nampak tak betapa efficientnya syarikat FB ni. Beroperasi tanpa sempadan dengan kos asas yang rendah. Secara tak langsung, FB telah memusnahkan peranan orang tengah especially dalam bidang marketing dan promosi. Sebab tu kalau korang perasan, agent-agent pengiklanan dan mula gulung tikar.

Kita dah semakin hampir dengan zaman 5G dimana kelajuan minima internet dijangka akan mencecah 10gb/saat tanpa gangguan. So, kalau korang nak jadi peniaga yang hebat, kena lah pakar dalam selok belok perniagaan online atau digital marketing. Modal kurang tak payah risau sebab kerajaan dijangka akan meluaskan penggunaan internet dgn merendahkan kos-kos berkaitan internet dalam masa terdekat.