Trade War? 10 Benda Anda Kena Tahu

In Blog by stallionbro

1. Apa itu Trade War?
Trade War atau perang perdagangan adalah salah satu agenda President US, Donald Trump, yang mahu mengenakan tariff atau duty kepada barangan yang masuk ke United States dengan niat untuk melindungi pengusaha tempatan negara tersebut dan mengurangkan kebergantungan kepada barangan import.

2. Tapi kenapa China jadi sasaran?
Kebangkitan negara China sebagai kuasa besar dalam aktiviti perdagangan dunia dan juga dalam sektor technologi seperti 5G telah membuatkan Donald Trump rasa tercabar. Mengikut statistik tahun 2018, US telah mengimport sebanyak $540 billion barangan dari China dan China hanya menimport sebanyak $120 billion barangan dari US.

3. Apakah punca kemarahan Donald Trump?
Trade defisit atau jurang perdagangan yang besar ini telah membuatkan Donald Trump merasakan China telah mengeksploitasi ekonomi negaranya. Boleh kata 2/3 barangan asas yang terdapat di US datang dari China. Syarikat gergasi di US juga telah memilih China sebagai destinasi utama utk pengeluaran product meraka sebab kos pengeluaran adalah rendah di China berbanding di negara lain.

4. Tariff atau duty dikenakan kepada barangan China.
Pihak US akan mengenakan tariff sebanyak 15% kepada $300 billion barangan dari China dan ini akan dilakukan dalam dua peringkat. Peringkat pertama bermula dari 1 September 2019 utk $120 billion barangan, antaranya termasuk Footwear, Clothing, Kitchenware dan juga agriculture product. Baki $180 billion lagi akan dikenakan pada 15 Disember dan barangan yang terlibat adalah laptop, smart-phone dan permainan kanak-kanak.

5. Apakah kesan utama kepada tariff itu?
Harga barang sudah pasti akan naik dan impak terbesar adalah kepada pengguna di US kerana terpaksa menanggung kenaikan harga barangan. Kajian menunjukkan secara purata perbelanjaan isi rumah akan meningkat sebanyak $1000 setahun. Sekiranya syarikat US berjaya memindahkan operasi ke negara lain, sudah pasti China akan terasa tetapi kerja permindahan bukanlah senang dan memakan masa yang agak panjang.

6. Duit lebihan dari Tariffs tu akan mengalir kemana?
Duit yang dicukai oleh kerajaan US kepada barangan China akan direkodkan sebagai income kerajaan dan Trump beranggapan ini adalah salah satu cara untuk membangunkan ekonomi.

7. Adakah negara lain turut dikenakan tariff?
Selain China, negara Eropah juga bakal akan dikenakan tariff oleh Donald Trump. Sektor automotive adalah antara mangsa utama sebab sektor automotive adalah antara component terbesar barangan import negara Eropah ke US.

8. Negara yang dikenakan tariff tu tak lawan balik ke?
Sudah pasti negara yang terlibat akan lawan sebab tu la ia dipanggil peperangan perdagangan. China baru-baru ini telah meletakkan tariff sebanyak $75 billion kepada barangan US yang masuk ke pasaran China secara berperingkat.

9. So siapa yang menang?
Mengikut fakta yang ada, trade war tidak akan memberi faedah kepada mana-mana negara malah ia akan memberi kesan yang negative kepada perkembangan ekonomi dunia dan memberi kesan yang negative kepada pengguna. Ia dikatakan boleh menjadi pencetus kepada krisis ekonomi dunia.

10. Sebagai pelabur apa nasihat terbaik?
Sekiranya anda pelabur Bursa Malaysia, anda perlu fokus kepada strategi short-term investing sebab pegangan yang bersifat long-term buat masa ini kurang sesuai. Untuk pelabur global, ini adalah masa yang terbaik untuk kita bersedia dan menyiapkan diri utk menghadapi krisis. Biasalah, pelaburan global berbentuk dua hala, tak kira naik atau turun kita boleh menjana keuntungan.