Modal Labur Saham Terhebat Dunia

In Blog by stallionbro

KORANG TAU TAK KOS UTK MENJADI PEMEGANG SAHAM TERHEBAT DUNIA ADALAH TIDAK SEMAHAL YANG RAMAI ORANG SANGKA?

Ramai orang tak percaya kos untk menjadi pemegang saham Microsoft di United States adalah jauh lagi murah dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakt. Kalau tak percaya jom Stallion nak buat perbandingan dari segi kos utk memiliki saham terbesar dunia iaitu Microsoft dan juga saham Bluechip di Bursa.

Dekat Wall-street, tidak ada minimum unit dimana kalau nak beli saham, 1 unit pon boleh. Dengan 1 unit, anda dah layak utk pergi ke AGM syarikat dan anda memegang satu undi dalam AGM. Manakalah di Bursa pula, utk menjadi pemilik, minimum pembelian adalah 100 unit atau 1 lot. So, dalam posting kali ni Stallion nak buat perbandingan dari segi modal dan juga prestasi semasa. Stallion akan tunjukan perbandingan dalam 4 STEPS yang mudah.

STEP 1: Ok kita mula dengan saham global dulu, kos untuk anda menjadi pemilik Microsoft adalah $139 se-unit atau bersamaan dengan Rm583 dalam Ringgit Malaysia. Sekarang kita nak beli saham Bursa pula, Stallion pilih Tenaga Nasional Berhad, sebab ramai kata ini adalah antara saham Bluechip terbaik dan ia didagangkan dengan harga Rm13.88 se-unit. Kalau nak jadi pemilik, korang kena bayar Rm1388 sebab pembelian minimum adalah 100 unit.

STEP 2: Sekarang korang ada 1 unit saham Microsoft dengan modal Rm538 dan 100 unit saham Tenaga dengan modal Rm1388. Dari segi modal permulaan, saham global mmg jauh lagi murah dengan perbezaan modal permulaan sebanyak Rm850. Tapi mungkin korang rasa tak puas hati sebab 1 unit dengan 100 unit jauh beza tu dan mungkin masih belum nampak sebab ramai orang prefer kuantiti dari kualiti.

STEP 3 : Kita akan bandingkan dari segi prestasi utk 5 tahun supaya korang boleh lihat bagaimana wang pelaburan tadi berkembang di dua pasaran yg berbeza. Utk saham Microsoft, prestasi dalam masa 5 tahun adalah 300%. Dengan kenaikan tu, modal permulaan ktia akan berkembang ke Rm1614. Utk saham Tenaga pula, prestasi dalam masa 5 tahun adalah 40%. Dengan itu, modal permulaan kita akan berkembang ke Rm1943.

STEP 4: Selepas 5 tahun melabur, kita dapat lihat wang pelaburan utk 1 unit saham Microsoft telah berkembang dgn pesat dan semakin hampir dengan wang pelaburan utk 100 unit saham Tenaga. Sebab tu dalam memilih saham utk pelaburan jangka panjang, kualiti adalah lebih penting dari kuantiti dan saham yg berkualiti tinggi kesemuanya berada di pasaran Wall-Street.

Kalau korang nak tahu, secara purata, 5 saham terbesar di Wall-street iaitu Microsoft, Apple, Amazon, Google dan juga Facebook telah memberi pulangan minimum sebanyak 250% dalam masa 5 tahun dan kesemua adalah patuh shariah. Kenaikan sebanyak itu adalah normal di pasaran Wall-Street especially saham Technology sebab mereka adalah leader atau ibu kepada segala saham dunia. Moral of the story adalah, lagi banyak ilmu lagi banyak peluang.