5 PERKARA PENTING WAJIB TAHU SEBELUM BERJINAK DALAM SAHAM GLOBAL
1) Product/Instrument
Pasaran global mempunyai berpuluh-puluh produk atau instrumen yang korang boleh cuba. Tapi secara basicnya korang kena faham tiga produk ni sahaja. Pertama adalah, Equity atau saham. Ini adalah asset class yang paling tinggi atau premium sekali untuk pasaran global sebab boleh kata equity adalah pegangan hak milik kekal atau jangka panjang untuk tempoh lebih dari 1 tahun. Kedua adalah CFD atau Contract For Difference. Instrument ni adalah murah, bersifat jangka pendek dan selalunya tempoh pegangan kurang dari 1 hari tetapi mempunyai risiko yang sangat tinggi. Ketiga adalah Option, produk yang paling famous dan mempunyai risiko level dan kos modal yang sederhana. Tempoh pegangan adalah kurang dari 6 bulan.
So, selepas kenal produk ini, korang kena decide nak trade ape. Lain produk lain cara dia. Tak boleh bantai guna strategi sama. Dari segi teknikal memang tiada masalah, tapi dari segi strategi ada perbezaan. Silap cara, memang senang sangat modal korang nak hangus.

2) Platform
Untuk pegangan equity atau saham global, Stallion suggest lebih baik korang beli pakai local broker seperti Maybank Investment Bank atau RHB. Walaupun cost transaction mahal sikit dari foreign brokers tetapi ia senang dan selamat untuk pegangan jangka panjang. Untuk instruments yang lebih laju seperti CFD dan Option, local broker memang tak ada. So, memang kena pergi foreign broker. Ok part ni mencabar sikit sebab ada dua jenis broker iaitu real broker (bank luar berlesen seperti SAXO) dan interactive broker. Real broker seperti SAXO adalah lebih sesuai untuk trade produk Option dan untuk CFD, ramai orang prefer interactive broker mcm XM, instaforex dan lain-lain sebab geng ni offer penggunaan modal yang rendah.
Sebab tu dalam point pertama tadi, kitorang nak korang decide ape yang korang nak trade. Supaya mudah untuk settlekan masalah pemilihan patform. Dan dalam masa yang sama boleh selesaikan masalah modal korang. Tolong jangan bagi jawapan “saya nak trade semua”, sebab yang nak trade semua ni la cepat hilang dan tewas awal di medan perang. Huhuhu.
3) Website Panduan Terbaik
Ada banyak website kat luar sana yang boleh membantu korang dapat maklumat tentang pelaburan global dan pergerakan harga secara live. Tapi Stallion nak recommend website Investing.com sebab webside ni memang lengkap utk trader. Investing.com adalah salah satu platform online percuma dimana korang boleh tengok pergerakan harga saham secara live di seluruh dunia. Dia cover hampir kesemua pasaran saham utama dunia termasuk Bursa Malaysia. Selain pergerakan harga secara live, investing.com juga ada banyak news-flow yang mantap dan ada tarikh-tarikh penting untuk trader macam earnings season dan NFP.

4) Shariah Status
Kalau kita gabungkan pasaran saham di United States dah Eropah kita akan jumpa dengan lebih 40 ribu saham tapi bukan semuanya kita boleh beli sebab secara purata kandungan saham patuh shariah di pasaran luar negara adalah dalam lebih kurang 10% sahaja. Tetapi yang bestnya, 10% tu selalunya adalah saham-saham gergasi dan mempunyai reputasi yang padu so korang tak payah risau lah sebab jumlah 10% tu jauh lebih cukup untuk korang membuat pilihan. Untuk scan saham patuh shariah, korang kena download apps IdealRatings dalam phone korang sebab apps ini adalah yang terbaik dan lengkap serba serbi tentang panduan untuk saham patuh shariah diperingkat global. Dan korang juga kena tahu kedudukan shariah untuk instrumen yang korang pilih untuk trade. Sebab ada banyak pandangan tentang instrumen-instrumen di pasaran global. Yang kami ada adalah pandangan tentang Option (Apakah Option Sebenarnya). Paling penting korang berdiskusi dengan diri sendiri. Jangan meletakkan hukum semata-mata nak hentam orang lain.
5) Focus Kepada Saham Gergasi Sahaja
Kalau korang dah mula melangkah ke pasaran global salah satu nasihat penting yang Stallion nak bagi untuk orang baru adalah, jangan sentuh saham kecil yang nama dia pun korang tak pernah dengar. Fokus kepada saham Blue Chip atau saham gergasi sahaja especially kepada pelabur yang nak try main Option sebab lagi famous saham tu lagi besar lah pergerakan Option akan berlaku. Sebab utama adalah saham Blue Chip mempunya liquidity atau volume yang besar yang membolehkan Option bergerak secara optimum. Saham kecil atau chocolate chip selalunya mempunyai volume yang kecil. So, bila korang beli Option saham kecil ni, pergerakan adalah tersangatlah lambat. Ini lah kita panggil DELTA atau konsep yang menerangkan hubungkait antara harga saham dan harga option.
Dah master benda-benda basic kat atas ni, baru lah korang boleh pergi explore tentang fundamental analysis, technical analysis atau ilmu tilik saham jamal pak tongkol.