Kenal LV, Tahu Ferrari. Kenapa Tak Melabur Lagi?

In Blog by stallionbro

EKONOMI DUNIA TERUK TAPI APAHAL SAHAM BARANGAN MEWAH SEPERTI LV DAN FERARRI TERUS KE ALL-TIME HIGH?

Ini lah namanya dunia KAPITALIS!!! Orang kaya akan terus kaya orang miskin akan terus menjadi miskin…rasa-rasa boleh tak kita ubah benda ni??? Stallion rasa memang boleh sangat kalau korang ada ilmu. Orang ada ilmu, bila ada duit lebih, dia beli saham untuk simpanan jangka panjang tapi orang tak ada ilmu dia beli barang untuk rasa bangga jangka pendek. Jangan terasa ye, jom kita tengok macam mana dua saham mewah ni boleh naik mcm rocket.

Saham Louis Vuitton atau di kenali dengan nama LVMH dikalangan pedagang saham adalah salah satu saham mewah dunia yang terdapat di pasaran Euronext Paris dan didagangkan dengan harga € 396 atau Rm1800 se-unit. Yang best tu, untuk tahun 2019 sahaja, saham LVMH telah mencatatkan lebih 19 kali paras tertinggi dalam sejarah dengan kenaikan lebih dari 70% sejak bulan January.

Macam mana saham LV boleh naik tinggi sangat tu? Ok dalam laporan kewangan 3Q2019, LV telah mencatatkan kenaikan jualan yang padu dari benua Asia dengan menyumbang sebanyak 31% dari total jumlah jualan dan negara China adalah antara penyumbang terpenting. Business model LV memang menarik sebab dia berjaya mengekalkan profit margin yang agak tinggi setiap tahun.

Setiap tahun, saham LV memulangkan sebanyak 47% dari jumlah keuntungan kepada pelabur dengan memberi dividend lebih kurang €6.2 atau Rm 29 utk satu saham so lebih kurang 1.5% lah setahun. Korang tak bangga ke LV bagi korang duit setiap tahun??? Ini lah cara orang kaya pikir! Ada satu saham pon jadi lah. Stallion tak suruh korang beli tapi ktorg nak suruh korang pikir mcm mana orang kaya pikir.

Saham mewah kedua yang kita nak cerita adalah FERARRI. Saham ni berasal dari Italy tapi listed di pasaran Wall-Street dengan harga $165 se-unit. Saham Ferrari ni boleh kata saham baru di pasaran Wall-Street sebab dia masuk ke pasaran pada tahun 2015 dengan harga $52 se-unit. Nampak tuuuu baru 4 tahun didagangkan dah memberi pulangan lebih dari 300%. Bukan kereta je laju, saham dia pon laju juga.

Setakat 2019, dah 5 kali saham Ferrari mencecah paras tertinggi dalam sejarah dan setakat tahun ni saham Ferrari telah mencatatkan kenaikan sebanyak 70%. Pemegang saham terbesar saham Ferrari adalah the Agnelli family dan dorang ni juga adalah owner kepada kelab terpower di Italy sekarang ni iaitu Juventus. So Stallion rasa, lagi tinggi saham Ferrari ni naik, lagi besar lah budget utk Juventus beli player baru.

Dari segi breakdown, benua Europe dan America adalah penyumbang terbesar kepada jualan kereta Ferrari tetapi benua Asia adalah segment yang merekodkan pertumbuhan yang paling besar dengan mencatatkan kenaikan jualan lebih kurang 50% berbanding tahun lepas. Kalau korang tengok prestasi keewangan Ferrari, memang korang akan terkejut sebab setiap tahun Ferrari telah mencatatkan hasil jualan yang positive tak kira apa keadaan ekonomi pon.

Lagi satu catalyst terbesar Ferrari adalah keputusan perlumbaan Formula 1. Kalau Ferrari berjaya mengalahkan Mercedes-Petronas dan mengungguli carta perlumbaan, Stallion rasa hasil jualan kereta Ferrari mesti akan naik mendadak sebab keputasan Formula 1 mempunyai correlation yang positive dengan penjualan kereta Ferrari.

Saham-saham mewah seperti LV dan Ferarri ni semua jarang terkesan dikala kelembapan ekonomi sebab pelanggan mereka semua adalah dikalangan orang-orang kaya atau millionaires. Korang tahu tak jumlah millionaires kat dunia ni meningkat sebanyak 30% – 35% setahun dan dijangka akan terus meninggkat dengan mendadak for the next 5 years?? Sebab tu sebelum nak main saham kena faham hubung kait antara sektor.

Stallion harap penulisan ni dapat membuka minda korang tentang saham global dan mengubah cara korang semua berfikir tentang peluang yang ada dalam saham global. Jangan lupa follow rapat page stallion dan hadir ke seminar kami untuk belajar secara praktikal dan lebih jelas lagi.