3 Cara Untuk Kenal Pasti Skim Pelaburan Cepat Kaya

In Blog by stallionbro

3 CARA MUDAH UNTUK KENAL PASTI SKIM PELABURAN CEPAT KAYA

Kalau korang nak tahu, lagi teruk keadaan ekonomi semasa lagi banyak lah geng-geng skim cepat kaya ni muncul sebab masa itu lah paling senang nak tipu orang. Bila ekonomi teruk, semakin ramai orang akan mencari jalan untuk mendapatkan duit yang lebih untuk survive. Kalau tengok statistic dari PDRM, dana yang terkumpul melalui skim cepat kaya dah mencecah berbillion-billion Ringgit dan sikit hari bulan dah boleh take over syarikat Blue-chip di Malaysia.

#1: Menjanjikan jaminan keuntungan konsisten, luar biasa hebat.
Dalam bahasa Mat Salleh orang kata ‘too good to be true’. Benchmark paras normal terbaik yang boleh korang guna adalah dividend ASB sebab boleh kata ASB adalah skim pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan tanpa perlu korang memeningkan kepala dan mengambil risiko yang besar. So kalau korang tiba-tiba dengar skim pelaburan yang memberi keuntungan 5% sebulan secara konsisten, korang kena lah berjaga-jaga sebab benda tu memang agak tak logik dan Stallion jamin syarikat pelaburan terbesar dunia seperti Blackrock dan Vanguard pon takut nak bagi keuntungan banyak tu kepada pelabur. Korang kena paham, dalam pelaburan especially pelaburan saham, tidak ada satu syarikat pelaburan pun boleh menjanjikan keuntungan yang pasti.

#2 : Semak lesen pelaburan dekat website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Semua pelaburan yang berkait dengan pasaran modal atau capital market adalah dikawal selia oleh SC. Dalam website SC, korang boleh cari kesemua syarikat pelaburan yang berlesen di Malaysia dan nama-nama agent yang menjual product keewangan pon ada dalam tu. So kalau korang dengar pelaburan yang menjanjikan keuntungan bulan dan bintang, benda pertama yang korang boleh buat adalah semak nama syarikat dan nama penjual product tersebut dalam website SC. Kalau tak jumpa, korang boleh call je terus, tanya tentang status syarikat dan mintak kepastian dengan pegawai mereka. Jangan malu atau segan nak call dorang sebab mereka ni memang dibayar gaji untuk menjaga kepentingan orang awam macam kita supaya tidak ditipu.

Korang boleh klik sini untuk semak nama individu > SEMAK LESEN INDIVIDU
Untuk semakan syarikat atau organisasi yang kutip fund, klik sini >> SEMAK LESEN ORGANISASI

#3: Borang simple dan tiada terma & syarat atau perjanjian
Haa ini mungking tips paling simple dan paling mudah untuk korang guna. Kalau korang masuk skim pelaburan berlesen, selalunya korang kena isi lebih dari lima jenis borang dan setiap borang ni memerlukan maklumat yang detail tentang diri anda contoh nama isteri/suami, maklumat tempat kerja suami/isteri, slip gaji, kena isi borang AMLA (anti-money laundering), cap jari dan lain-lain. Terus-terang kata, nak isi borang pelaburan yang berlesen ni memang jenuh dan kalau silap tulis memang kena amik borang baru terus, tak boleh nak letak liquid paper atau ada tulisan bertindih. Kalau borang skim pelaburan cepat kaya pulak, selalunya borang yang korang kena isi adalah simple.