Siapa 4 Jerung Terbesar Dunia?

In Blog by stallionbro

4 JERUNG TERBESAR DUNIA YANG MENJADI PENGGERAK PASARAN SAHAM GLOBAL

Jerung adalah bahasa pasar yang merujuk kepada pelabur institutional. Korang tau tak apa fungsi pelabur institutional tu? Dorang ni adalah syarikat professional yang menguruskan dan mengembangkan dana orang awam dan syarikat kat pasaran modal. Mereka membuat pelaburan di merata dunia dan hanya membeli saham-saham yang mempunyai potensi yang tinggi sahaja. So dengan bahasa mudah, kalau korang nampak salah satu jerung global ni ada dalam saham di Bursa, boleh kata saham tu mesti mempunyai prospek.

#1: Blackrock
Kalau nak main saham global korang wajib kenal Blackrock sebab mereka adalah pengurus dana terbesar didalam dunia dengan dana terkumpul sebanyak $6.8 trillion. Blackrock mula ditubuhkan pada tahun 1988 di United States dan kalau korang nak tahu Blackrock juga adalah listed di pasaran Wall-street. Syarikat ini mempunyai 70 offices di lebih 30 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Boleh kata hampir kesemua saham Blue-chip di seluruh dunia dorang ada pegang dan pegangan terbesar mereka adalah dalam syarikat Microsoft, Apple, Amazon dan Facebook.

#2: The Vanguard Group
Jerung kedua terbesar dunia ni mempunyai dana terkumpul berjumlah $5.3 trillion dan ia berasal dari Pennsylvania, United States pada tahun 1975. Syarikat ni ditubuhkan oleh legend yang bernama John C Bogle yang baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan yang lepas. Antara pegangan terbesar Vanguard adalah Microsoft, Apple, Amazon dan Facebook. Kat Bursa Malaysia dorang ada pegang Tenaga, Maybank, Petronas Chemical dan beberapa Blue-chip yang lain.

#3: State Street Global Advisors
Jerung ketiga terbesar ni juga berasal dari Boston, United States yang ditubuhkan pada tahun 1978 dan mempunyai dana terkumpul berjumlah $.2.8 trillion . Ini adalah syarikat yang pertama di dunia yang mencipta product ETF pada tahun 1993 dengan memperkenalkan S&P 500 SDPR atau lebih dikenali dengan SPY US. Pegangan saham terbesar State Street adalah hampir sama dengan Blackrock dan juga Vanguard yang lebih condong ke arah pasaran di United States.

#4: Fidelity Investment
Fidelity atau dikenali dengan FMR adalah antara jerung global tertua di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1946 di Boston United States. Selepas 73 tahun beroperasi, Fidelity berjaya mengumpul dana sebanyak $2.5 trillion. Fidelity ni juga adalah brokerage firm dan mempunyai lebih 140 cawangan di serata United States. Pegangan saham pon lebih kurang sama je macam tiga kat atas tu.

Geng-geng jerung global ni mempunyai kriteria pemilihan saham yang tersangatlah ketat dan saham yang mempunyai potensi besar sahaja boleh masuk didalam list mereka. Selalunya tempoh pelaburan jerung-jerung global ni adalah panjang dan selagi saham tu perform selagi tu lah dorang akan duduk dalam tu. Sebab tu salah satu tips mudah untuk pilih saham jangka panjang adalah dengan melihat aktiviti jerung-jerung global ni.