Saham Tesco Melonjak Selepas Umum Penutupan?

In Blog by stallionbro

SAHAM TESCO MELONJAK LEPAS UMUM NAK TUTUP OPERASI DI MALAYSIA & THAILAND

Korang tahu tak Tesco ni listed? Kalau nak tahu saham Tesco listed di London Stock Exchange dan didagangkan dengan harga £243 se-unit atau bersamaan dengan Rm1330 se-unit dalam duit kita. Saham Tesco ni bukan cap ayam tau dia adalah salah satu saham Blue Chip di pasaran Europe dengan saiz keseluruhan syarikat bernilai £22.8 billion atau bersamaan dengan Rm125 billion. Jumlah ni adalah lebih besar dari saham terbesar Bursa, Maybank, Public Bank atau pun TNB.

Berita nak tutup operasi ni bukan berita baru untuk Tesco sebab syarikat ni sedang dalam fasa restructuring dari awal tahun lagi yang melibatkan seluruhan operasi Tesco di sebelas negara termasuk Malaysia. Kalau korang salah seorang pemegang saham Tesco, mesti korang happy sebab Tesco mengambil langkah berani untuk mengubah konsep business selari dengan peredaran zaman dimana orang zaman sekarang lebih suka beli barang dari kedai yg lebih kecil macam konsep 99 Speedmart dan beli secara online.

Tesco nak berubah dari concept mall yang besar ke concept convenient store yang lebih kecil. Tapi sebab utama dia nak keluar dari Asia adalah sebab Tesco nak raise cash dan focus kepada pasaran utama meraka iaitu di Europe. Mereka dah mula tergugat dengan expansion yang agak aggressive oleh beberapa syarikat international seperti WM Morisson, Walmart dan J Sainsbury. Korang tahu tak berapa value perniagaan Tesco di Malaysia dan Thailand?? Valuer professionals estimate nilai business Tesco di Malaysia dan Thailand adalah $9 billion. Untung besar tu kalau Tesco dapat jual.

Untuk pasaran Asia, Tesco cuma ada Malaysia dan Thailand sahaja selepas meraka keluar dari South Korea pada tahun 2015. Kalau korang nak tahu, pasaran Malaysia dan Thailand adalah antara pasaran yang terbaik dari segi margin keuntungan berbanding semua branches Tesco di negara lain. Dalam laporan keewangan terbaru, dua pasaran ni telah menyumbang lebih dari 10% dari jumlah keseluruhan profit (operating profit) untuk Tesco. So dengan info yang ada ni, kita dah tahu yang rancangan Tesco untuk keluar dari Asia adalah bukan sebab business teruk tapi lebih kepada untuk raise cash.

Sebab tu bila news ni keluar je, saham Tesco terus naik mencanak (gap up) sebanyak 5%. Prestasi saham Tesco memang agak padu sebab untuk tahun 2019 sahaja, saham Tesco telah mencatatkan kenaikkan sebanyak 57%. Kalau lah restructuring yang dibuat Tesco ni berhasil, ia akan menjadi satu catalyst yang padu untuk melonjakkan lagi saham Tesco ke paras yang lebih tinggi.