Harga Sawit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 2 Tahun

In Blog by Hafiz Rusli

Minyak sawit adalah antara hasil pengeluaran terpenting negara dan adalah antara segmen crucial yang menjadi tunjang kepada ekonomi Malaysia. Kalau korang nak tahu, negara kita adalah antara penyumbang utama minyak sawit dunia dengan mengawal hampir 50% keluaran sawit dunia. Setakat hari ini, lebih 150 negara kat dunia ni membeli sawit dengan kita. Industri sawit juga telah membuka 500,000 peluang pekerjaan di negara ini.

So, turun naik harga minyak sawit memang memberi kesan yang agak besar kepada ekonomi negara, pasaran Bursa Malaysia dan keseluruhan rakyat Malaysia. Ada 4 syarikat gergasi sawit dunia yang berada dalam kelompok 30 saham terbesar di pasaran Bursa Malaysia iaitu Sime Darby Plantation, IOI CORP, KLK dan Hap Seng Consolidated dengan nilai keseluruhan berjumlah Rm116 billion. Secara keseluruhan, pasaran Bursa mempunyai 43 saham berkaitan sawit dengan nilai keseluruhan berjumlah 141 billion.

Dalam masa 5 bulan, harga minyak sawit telah mencatatkan kenaikan sebanyak 53% dan walaupun dah naik banyak, harga sawit masih belum menunjukkan tanda-tanda kepenatan. Kalau kita tengok dari segi teknikal, Rm3000 adalah destinasi yang logik dan nampak macam agak mudah untuk dicapai dalam jangka masa pendek. Kenaikan yang mengganas ini telah menjadi salah satu CATALYST terpenting untuk industri sawit dan ini telah melonjakkan hampir kesemua saham sawit di Bursa.

Kenaikan harga sawit dan juga harga saham sawit di pasaran Bursa adalah salah satu tanda awal kebangkitan industri sawit dan sekiranya momentum ini dapat dikekalkan sudah pasti ia dapat menaikkan taraf kehidupan rakyat kita lebih-lebih lagi yang mengusahakan tanaman sawit. Mungkin ini adalah masanya untuk warga FELDA bangkit dan kembali menjadi institusi sawit disegani dunia.

Setakat 2019, saham Felda Global Venture atau FGV telah naik sebanyak 113% ke RM1.41 tetapi masih lagi dibawah paras IPO iaitu Rm4.55. Ramai lagi warga Felda, Staff Felda dan pelabur yang membeli IPO masih sangkut dalam saham FGV. Tetapi memang tidak mustahil untuk saham FGV kembali ke paras IPO kalau momentum harga sawit terus positif dan sentiasa memiliki badan pengurusan dan perlaksanaan yang efisien.

Tapi apa yang menyebabkan harga minyak sawit naik mendadak? Antranya adalah usahasama Malaysia dan Indonesia dalam menangkis serangan negara Eropah terhadap industri sawit dan juga telah berjaya untuk menolak agenda biodiesel ke tahap yang lebih tinggi dengan mewajibkan campuran minyak sawit dalam minyak diesel setinggi 30% seawal bulan Januari 2020. Malaysia akan memulakan program minyak biodiesel B20 pada tahun depan dan Indonesia akan melaksanakan (biodiesel) B30, jadi ini akan meningkatkan lagi permintaan minyak sawit. Malaysia dan Indonesia mengawal lebih kurang 85% keluaran sawit dunia, so bila dua gergasi sawit dah bersatu, memang meletup lah harga sawit.