Apa Itu Volume? Penting Ke..

In Blog by stallionbro

PENTING KE VOLUME DALAM TRADING?

Volume adalah salah satu elemen terpenting dalam trading atau dipanggil ibu segala indicator. Dari segi bahasa ia bermaksud jumlah transaksi atau pun jumlah pembelian dan penjualan yang berlaku pada ketika itu. So boleh kata, kalau korang nak belajar trade saham, benda pertama korang kena faham adalah pergerakan volume.

Fungsi utama volume adalah untuk mengukur keaslian pergerakan saham. Sekiranya saham tersebut bergerak dengan banyak dan diikuti dengan volume yang besar, kita boleh beranggapan yang pergerakan itu adalah pergerakan yang tulen atau genuine dan berkemungkinan pergerakan susulan akan berlaku pada keesokkan harinya.

Ok Stallion bagi contoh yang lebih mudah untuk korang faham dan senang korang nak relate dengan kehidupan harian. Sebagai contoh kita amik konsep jumlah pelanggan di restoran. Kalau kita nak tahu restoran tu sedap atau tak, indikator yang mudah adalah jumlah pelanggan yang ada dalam restoran tersebut. Kalau ramai orang makan kat situ bermakna restoran tu memang sedap. Konsep ni sama juga dengan volume.

Perkara yang sama  juga berlaku dalam pasaran saham. Jika sesuatu sektor atau saham mempunyai potensi dan katalis yang bagus, maka ramai pembeli dan penjual akan berada dalam sektor atau saham tersebut.

Dalam teknikal analisis, volume adalah indicator terpenting dan kita boleh mengukur kekuatan sesebuah trend dengan melihat kepada volume pattern. Uptrend yang kuat adalah apabila kenaikan harga saham akan diikuti dengan kenaikan jumlah volume. Harga saham dan volume mesti berkadar selari. Kalau harga saham naik mendadak tapi volume berkurang, ini bermakna uptrend itu tak genuine dan berisiko untuk tumbang.

Apa jadi kalau saham kita beli tu kurang volume?

Haa soalan ni memang kritikal sebab kalau korang beli saham tak ada volume, pergerakan saham tersebut adalah tersangatlah sukar untuk diramal. Pakai lah technical analysis atau fundamental analysis langit ke tujuh pun, memang tak boleh. Sebab saham yang kurang volume terdedah kepada risiko dimanipulasikan dan boleh membuatkan pergerakan harga yang tidak normal.

Untuk pasaran Bursa, kalau boleh korang kena cari saham yang mempunyai volume purata harian sebanyak 500,000 dan ke atas. Ini adalah salah satu criteria atau standard yang telah diletakkan oleh pelabur-pelabur institutional atau jerung dalam pemilihan saham.

Untuk pasaran Global, especially kepada orang yang trade option, volume adalah sangat crucial dan penting sebab kalau korang beli saham yang tak ada volume, pergerakan option akan terbatas. Sebab tu, untuk option trading, kita hanya membeli saham-saham terkenal atau Bluechip sahaja sebab geng ni memang confirm mempunyai jumlah volume yang besar.

Macam mana nak cari volume sesebuah saham tu?

Tak payah cari sebab dah memang ada. Ok hampir kesemua platform saham global atau Bursa mempunyai indicator volume. Selalunya bila korang buka chart je volume dah terus ada dan panel untuk volume selalunya akan berada di bawah chart korang.